Daftar ejaan Melayu Jawi Rumi yang awal diusahakan oleh Za’ba. Buku ini mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan oleh Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1946 yang tergolong dalam “The Malay School Series No. 31”.
Bahagian awal buku ini menghuraikan tentang tulisan Jawi dan Rumi. Daftar ini disusun mengikut kaedah Jawi-Rumi, iaitu ejaan Jawi dahulu disusun mengikut susunan abjad Jawi-Rumi, kemudian diberikan ejaan Rumi setentang dengan perkataan tersebut. Kaedah ejaan yang digunakan ialah kaedah ejaan Jawi menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan sebilangan penulis Melayu. Kaedah ejaan Jawi ini menurut kaedah yang diatur oleh jawatankuasa merumikan tulisan Melayu yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Persekutuan pada awal abad ke-19. Bahagian akhir buku ini menjelaskan sistem atau peraturan ejaan kata Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Rumi dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Za’ba.
Berdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi (Rajah 6.3) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Daftar ejaan Rumi-Jawi kini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar ejaan ini memuatkan senarai perkataan umum dan istilah dalam Bahasa Melayu dibuat menurut abjad Rumi dan panduan Jawi diberikan sebelahnya. Hampir keseluruhan Daftar ini menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata terbitan atau kata berimbuhan diterangkan di dalam pendahuluan yang lengkap dengan contoh-contohnya. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan Bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): Alif, Wau dan Ya. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal ialah Ejaan P.Bm P.B. diRaja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan Sistem Ejaan Dian. Penyemakan dan rujukan ejaan Jawi daftar ini dibuat berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan sumber lain, iaitu Daftar Ejaan Melayu Za’ba (1949), daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia DBP (1982), Istilah Agama Islam DBP (1986); Pedoman Transliterasi Arab ke Huruf Rumi DBP (1984) dan Kamus Dewan (1984).
Rajah 6.3: Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan DBP. |
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pendahuluan dan bahagian daftar kata. Bahagian pendahuluan menerangkan panduan bagi menggunakan daftar dan kaedah penyusunan daftar yang meliputi penggunaan abjad dan huruf Jawi, perkataan yang dimasukkan (terdiri daripada kata dasar satu suku kata, kata dasar dua suku kata, kata dasar tiga suku kata atau lebih, kata pinjaman, kemasukan kata ulang); penulisan imbuhan, penulisan partikel; dan penulisan kata singkat. Bahagian kedua daftar ini memuatkan pula perkataan yang disusun mengikut abjad Rumi serta padanan Jawi. Keseluruhan daftar menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan dijelaskan dalam bahagian pendahuluan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan