Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, !969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan saripati/isi maklumat yang dibaca.
Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar:
(i) Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:”
(ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: “Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...”
(iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka.
Tujuan teknik DR-TA:
(i) Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/tekss secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.
Langkah pelaksanaan (Kaedah Kelas)
Untuk melaksanakan teknik ini, (P&P dalam kelas), ada dua fasa kitarannya:
Fasa 1: Fasa Kitaran Proses Membaca-Berfikir
(i) Proses yang menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan bacaan.
(ii) Menyesuaikan kadar bahan bacaan dan untuk memenuhi tujuan membaca.
(iii) Membaca untuk mengesahkan tujuan (objektif)
(iv) Membuat hentian untuk menilai kefahaman.
(v) Meneruskan pembacaan untuk tujuan yang sama atau tujuan lain.
Fasa II
Fasa II ialah hasilan/produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.
Langkah-langkah dalam Fasa 1
Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.
(i) Guru menggalakkan pelajaar membuat ramalan teks/hipotesis tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas.
(ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah.
(iii) Mencatat segala ramalan.
Soalan guru:
(i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau
(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan.
(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafssirkan.
(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?
(v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan yang paling baik/benar.
Hujahkah/berikan sebab.
• Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata dan tidak memaklumkan tujuan membaca teks yang dipilih itu.
Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah
• Pelajar dikehendaki membaca secara senyap pada awal bahagiaan teks yang dipilih. Tujuan bacaan senyap ialah untuk mengesahkan ramalan.
• Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya pelajar menghadapi masalah menyebut perkataan/frasa/ayat dengan menggunakan strategi ‘klu konteks’ atau analisa stuktur, atau kedua-dua sekali.
a. menyoal pelajar berdasarkan teks- makna perkataan dan sebagainya.
b. Memberi cadangan kepada pelajar supaya,
(i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan perkataan yang boleh memberi maksud,
(ii) pelajar membaca ayat dari awal hingga akhir,
(iii) pelajar mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang dikosongkan, dan pelajar diminta untuk mengisi ruang tersebut dengan perkataan yang sesuai.
(iv) pelajar memberi sinonim,
(v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah, dan ayat selepasnya,
(vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,
(vii) menganalisa stuktur teks.
Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan
• Guru meminta pelajar menyatakan sejauh mana ramalan mereka tepat, betul.
• Pelajar diminta membuktikan bahawa ramalan mereka betul berdasarkan teks, dan membacakan bahagian teks tersebut sebagai bukti.
Soalan guru:
1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?
2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?
3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya peristiwa dalam teks tersebut?
4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.
Langkah 4 : Mengulang Fasa 1,2 dan 3
Di samping guru menghabiskan bacaan teks, pelajar diminta membuat ramalan/hipotesis, ramalan baru, menyemak ramalan dan menilai ramalan mereka sama ada tepat atau sebaliknya. Pelajar diminta memurnikan ramalan dengan bertambahnya maklumat baru yang terdapat dalam teks yang dibaca.
Fasa 2
Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran
Strategi yang digunakan seperti berikut:
• membaca kuat
• menjawab soalan kefahaman
• menganalisa watak dan perwatakan
• menulis puisi, surat, melakar
• melakonkan
• menghassilkan resepi
• membaca ekstensif
• mengkaji perkataan/frasa – memberi makna
• melukis peta cerita
• melukis peta minda
Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu
• Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti yang sesuai.
• Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepass pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk melihat perkembangan pencapaian.
Kelebihan teknik DR-TA
Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.
(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.
(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan.
(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.