TEKNIK MEMBACA SQ3R

Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan
menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks
yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori
Robinson (1941).

S-SURVEY (Tinjau)
  1. Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
  2. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
  3. Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
  4. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
  5. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
  6. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
  7. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan.
R-READ (Baca)
  1. Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
  2. Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
  3. Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.
  4. Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
  5. Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini beerti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.
 R-RECITE (Imbas kembali)
  1. Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
  2. Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
  3. Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.
R-REVIEW (Baca semula)
  1. Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
  2. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
  3. Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
  4. Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan