PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 2

2.   Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan.

Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya:

• Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.

• Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

Contoh:

Bangun pagi-pagi,
Terus pergi mandi,
Sambil gosok gigi,
Gigi putih berseri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan