BACAAN INTENSIF

Pada peringkat ini murid dapat mengembangkan kebolehan meneliti, memaham dan
mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat.

Beberapa tujuan bacaan intensif adalah;
  1. Untuk membolehkan murid membaca dengan baik iaitu betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
  2. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. 
  3. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.
  4. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
  5. Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
  6. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca dan sebagainya.
  7. Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
Bacaan intensif akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru membuat persediaan yang
rapi sebelum bacaan intensif dilaksanakan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh guru ialah:
  1. Bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
  2. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua, latihan perkamusan, hari ketiga latihan meneka maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan sebagainya.
  3. Murid-murid patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.
  4. Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan atau bentuk jawapan bertulis.
  5. Segala kajian harus dibuat secara mendalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan