- Murid membaca seberapa banyak buku yang termampu. Bacaan boleh dilakukan di dalam atau di luar kelas.
- Menyediakan bahan bacaan yang pelbagai topik. Perkara ini penting bagi menggalakkan murid membaca dengan pelbagai tujuan dan pelbagai cara.
- Murid memilih sendiri bahan untuk dibaca dan seterusnya murid juga dibenarkan menghentikan bacaan sekiranya bahan bacaan berkenaan didapati tidak menarik.
- Matlamat membaca untuk keseronokan, mendapat maklumat dan pemahaman secara umum. Matlamat ini dikenal pasti melalui keaslian bahan dan minat murid.
- Membaca dilakukan mengikut kehendak murid itu sendiri. Dalam hal ini, latihan yang sedikit ataupun tidak ada latihan diberikan selepas bacaan.
- Bahan bacaan bersesuaian dengan ketrampilan berbahasa murid khususnya dari pada aspek kosa kata dan tatabahasa. Penggunaan kamus sebaik-baiknya dielakkan bagi memastikan bacaan berjalan lancer tanpa gangguan.
- Bacaan dilakukan bersendirian secara senyap dan mengikut kemampuan sendiri. Murid akan menentukan di mana dan bila mereka akan membaca.
- Kelajuan bacaan ditingkatkan terutamanya apabila menmbaca bahan bacaan yang mudah difahami.
- Guru memandu murid ke arah mencapai matlamat program, menjelaskan kaedah, memastikan bahan yang dibaca oleh murid dan membimbing murid agar mendapat manfaat daripada bacaan berkenaan.
- Guru menjadi model kepada murid dengan menunjukkan manfaat yang diperoleh daripada bahan bacaan.
CIRI-CIRI PENDEKATAN BACAAN EKSTENSIF
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan