TAZKIRAH RAMADHAN : TAUBAT

Assalamualaikum....

Taubat ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud rasa bersalah atau menyesal di atas perlakuan atau perbuatan yang yang salah atau tidak baik.

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.


berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sumber dari http://drmaza.com/home/?p=1301

KEMAHIRAN MENULIS

Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
(a) menggunakan pelbagai jenis ayat
(b) mencatat dan menyusun maklumat
(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA

1.  Perancangan Aktiviti Membaca

Aktiviti membaca perlukan perancangan yang teliti dan sebaik-baiknya agar pelajar tidak terbeban dengan pembacaan yang sukar dan tidak bermotivasi. Perancangan harus menelti dengan tahap pelajar. Tahap pelajar rendah sesuai dengan bahan bacaan yang bersifat mudah dibaca. Mudah dibaca bermaksud, jumlah suku kata, perkataan, ayat sesuai dengaan peringkat pelajar. Sebagai contoh pelajar mesti menguasai perkataan yang hampir dengan rutin mereka. Perkataan yang tinggi, sukar
disebut, abstrak, bombastik boleh mematikan minat dan kecekapan pelajar untuk menjadi pembaca yang baik.

Masa membaca yang dicadangkan kepada pelajar juga mesti sesuai. Kesesuaian bermaksud guru tidak menekan dengan masa senggang pelajar untuk membaca. Masa yang secukupnya wajar diberi kepada pelajar untuk membaca dan memahami isi bahan bacaan.

2.  Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Membaca

Guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran membaca yang boleh menarik minat. Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu semasa wajar diberi keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada pelajar untuk menguasai pembacaan seterusnya. Tanpa pengetahuan sedia ada, pelajar akan gagal menguasai kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi dengan baik.

Bahan berupa grafik, gambar berwarna, bentuk huruf daan latar belakang teks atau bahan bacaan perlu diambil kira. Hal ini kerana, pelajar akan menjadi minat, tertarik, mudah memaham dengan bahan yang mereka sukai. Contohnya ilustrasi kartun dalam teks boleh menjanakan atau mencapahkan idea pelajar.

3. Menilai

Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan hurufperkataan dan ayat.
Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah:

  1. Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap.
  2. Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik.
  3. Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru, pelajar messti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.
  4. Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami.
  5. Guru juga perlu melatih pelajar membina kebiasaan menuturkan ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan.
  6. Apabila pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik, guru dapat menanam minat membaca dalam kalangan pelajar. Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek kepada pelajar dengan pengetahuan baru sepanjang masa.
  7. Melalui kemahiran membaca, kita boleh menilai peluasan perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks. Keupayaan pelajar berkomunikasi tertakluk kepada banyak mana perbendaharaan kata ada dalam mindanya.
  8. Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan iaitu penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat. Masyarakat banyak pada masa hadapan bergantung kepada individu yang berpengeetahuan tinggi. Pengetahuan tinggi dapaat dicapaai melalui bahan bacaannya.
  9. Kita dapat menegenali dan menghayati keindahan bahasa dan keseniaan bahasa.Dalam konteks ini, pencapaian bahasa yang bermutu adalah melalui pembacaan individu.
  10. Kemahiran membaca boleh mengujudkan suasana santai, hiburan, dan kelegaan daripada tekanan. Penilaian sebegini wajar dilihat secara umum, sebagai matlamat akhir tujuan membaca.


Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir Teraarah)

Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, !969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan saripati/isi maklumat yang dibaca.

Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar:
(i) Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:”
(ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: “Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...”
(iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka.

Tujuan teknik DR-TA:
(i) Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/tekss secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.

Langkah pelaksanaan (Kaedah Kelas)
Untuk melaksanakan teknik ini, (P&P dalam kelas), ada dua fasa kitarannya:

Fasa 1: Fasa Kitaran Proses Membaca-Berfikir
(i) Proses yang menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan bacaan.
(ii) Menyesuaikan kadar bahan bacaan dan untuk memenuhi tujuan membaca.
(iii) Membaca untuk mengesahkan tujuan (objektif)
(iv) Membuat hentian untuk menilai kefahaman.
(v) Meneruskan pembacaan untuk tujuan yang sama atau tujuan lain.

Fasa II
Fasa II ialah hasilan/produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.

Langkah-langkah dalam Fasa 1
Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.
(i) Guru menggalakkan pelajaar membuat ramalan teks/hipotesis tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas.
(ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah.
(iii) Mencatat segala ramalan.

Soalan guru:
(i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau
(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan.
(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafssirkan.
(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?
(v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan yang paling baik/benar. 

Hujahkah/berikan sebab.
• Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata dan tidak memaklumkan tujuan membaca teks yang dipilih itu.

Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah
• Pelajar dikehendaki membaca secara senyap pada awal bahagiaan teks yang dipilih. Tujuan bacaan senyap ialah untuk mengesahkan ramalan.
• Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya pelajar menghadapi masalah menyebut perkataan/frasa/ayat dengan menggunakan strategi ‘klu konteks’ atau analisa stuktur, atau kedua-dua sekali.
a. menyoal pelajar berdasarkan teks- makna perkataan dan sebagainya.
b. Memberi cadangan kepada pelajar supaya,
(i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan perkataan yang boleh memberi maksud,
(ii) pelajar membaca ayat dari awal hingga akhir,
(iii) pelajar mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang dikosongkan, dan pelajar diminta untuk mengisi ruang tersebut dengan perkataan yang sesuai.
(iv) pelajar memberi sinonim,
(v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah, dan ayat selepasnya,
(vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,
(vii) menganalisa stuktur teks.

Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan
• Guru meminta pelajar menyatakan sejauh mana ramalan mereka tepat, betul.
• Pelajar diminta membuktikan bahawa ramalan mereka betul berdasarkan teks, dan membacakan bahagian teks tersebut sebagai bukti.

Soalan guru:
1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?
2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?
3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya peristiwa dalam teks tersebut?
4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.

Langkah 4 : Mengulang Fasa 1,2 dan 3
Di samping guru menghabiskan bacaan teks, pelajar diminta membuat ramalan/hipotesis, ramalan baru, menyemak ramalan dan menilai ramalan mereka sama ada tepat atau sebaliknya. Pelajar diminta memurnikan ramalan dengan bertambahnya maklumat baru yang terdapat dalam teks yang dibaca.

Fasa 2
Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran

Strategi yang digunakan seperti berikut:
• membaca kuat
• menjawab soalan kefahaman
• menganalisa watak dan perwatakan
• menulis puisi, surat, melakar
• melakonkan
• menghassilkan resepi
• membaca ekstensif
• mengkaji perkataan/frasa – memberi makna
• melukis peta cerita
• melukis peta minda

Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu
• Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti yang sesuai.
• Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepass pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk melihat perkembangan pencapaian.

Kelebihan teknik DR-TA
Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.
(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.
(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan.
(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.

TEKNIK MEMBACA "KWLH"

Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

KWLH bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.

Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?

Tujuannya ialah:
  1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.
  4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).

Jadual di bawah sebagai contoh penerapan proses membaca menggunakan teknik KWLH,