Pengenalan Kepada Struktur Bahasa
Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah "susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang". Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata"struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073).
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata "struktur" didefinisikan sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di dalam bahasa Melayu. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada binaan atau rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar Terkini pula mendefinisikan kata "struktur" yang merupakan binaan kata daripada cantuman kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad Mahmood Musanif, 1996: 465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).
Menurut Kamus Linguistik edisi ketiga, kata ÂstrukturÊ merujuk kepada struktur batin, struktur fonemis, struktur frasa, struktur lahir, struktur praleksikal, struktur semantik (makna) dan struktur tematis (Harimurti Kridalaksana, 1993: 203-204). Jika dirujuk di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi
keempat menyatakan seperti berikut:
"Structure in its most general sense, and especially as defined by structuralist studies of human institutions and behavior, the term applies to the main abstract characteristic of a semiotic system. A language for example is a structure in the sense that it is a network of interrelated units, the meaning of the parts being specifiable only with reference to the whole. In this sense, the terms "structure" and "system" are often synonymous (and the phrase "structured system" which is sometimes encountered as in "language is a structure system" -as a tautology)"
David Crystal,1997 :367
Adakah bahasa satu fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang dengan binatang). Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan kod tertentu.
Walau bagaimanapun, bahasa bukanlah satu-satunya alat perhubungan manusia kerana terdapat juga cara lain yang digunakan oleh manusia untuk berhubung seperti melalui gerak-geri, simbol atau kod telegraf, muzik dan banyak lagi (Abdullah Hassan, 1992: 3). Seperti bidang ilmu yang lain, bidang ilmu bahasa atau linguistik diwarnai dengan pelbagai paradigma, aliran, teori dan pendekatan yang menjadi pegangan seseorang ahli bahasa. Ia banyak menentukan cara mereka memandang dan menghuraikan hal kebahasaan (Zulkifley Hamid, 1996: 2). Masih ramai yang belum mengetahui apakah yang dikatakan linguistik. Lazimnya, orang akan menganggap seorang linguis (ahli bahasa) itu ialah seorang yang boleh bertutur banyak bahasa. Ini adalah satu fenomena yang tidak betul. Sebenarnya, hanya sebahagian daripada linguistik melibatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Linguistik adalah lebih luas daripada itu. Secara jelasnya, seperti yang dikatakan oleh Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara saintifik.
Menurut A. Bakar Hamid (1960), linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains yang mempelajari bahasa manusia (Rencana Linguistik, susunan Abdullah Hassan, 1992:28). Ahli ilmu bahasa dapat membuat sejarah bahasa dan rumpun bahasa, selain membandingkan bahasa untuk mencapai suatu rumusan tentang ciri umum yang terdapat di dalam semua bahasa. Misalnya, semua bahasa mempunyai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Apabila kita berbicara berkenaan struktur bahasa, kita mesti mengetahui tata tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.
Penerangan mengenai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana adalah seperti berikut:
(a) Fonem
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon
yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem
diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem /���� / yang diberi lambang huruf ng. Ini
bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem
(Abdullah Hassan, 2006: 62-63).
Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras
fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral
atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/, /��/, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,
/j/, /m/, /n/, / ��/, /��/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. ��
(b) Morfem
Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi
makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata. Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada morfem
{ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan atau sifat yang
terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya, "pokok", "kerusi", "duduk", "tidur" dan sebagainya. Golongan morfem yang tidak atau
hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya membawa fungsi nahuan disebut morfem nahuan/gramatikal. Contohnya, ber-, -kan, di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad Khair Mohd Nor, 2007: 2).
Morfem terbahagi kepada dua, iaitu:
i. Morfem bebas
ii. Morfem terikat
Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur lain untuk membentuk kata. Umpamanya "rumah", "tidur", "sedih", "takut" dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung dengan
morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk. Contohnya, "batu" boleh diterbitkan menjadi "berbatu, membatu, batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu". Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka dan tertutup. Morfem bebas yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem bebas tertutup tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata akar. Contohnya, "dan, ke, dari, atau serta dengan".
Morfem terikat pula tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai kata asal atau kata dasar. Contohnya; imbuhan beR-, ke-, -kan, meN-, -kan dan sebagainya yang mesti bergabung dengan unsur lain. Morfem terikat juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung
dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem lain seperti "tapa (bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)".
(c) Kata
Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002), bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya "pergi" dapat berdiri sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006: 4). Kata adalah unsur yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan fonem.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, contohnya "rumah", "tinggal", dan "merah" serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah "meninggal" dan "meninggalkan"; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah "putih melepak" dan "rumah pangsa"; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah "putih-putih" dan "Perdana Menteri-Perdana Menteri" (Nik Safiah Karim et al., 2003: 59).
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu digabungkan secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
(d) Frasa
Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang seterusnya:
Fatihah menjadi pengawas.
Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama ialah "Fatihah" yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah "menjadi pengawas" yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek "Fatihah" terdiri
daripada satu kata sahaja. Frasa predikat "menjadi pengawas" terdiri daripada dua kata. Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk "itu" dan "ini" (binaan frasa ditutup oleh kata penunjuk "itu" dan "ini"). Frasa juga boleh menerima sisipan "yang", sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Perkataan "yang" boleh digunakan bagi membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa, maka "yang" boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang
tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepadafrasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat.
(e) Klausa
Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi keduaduanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata inti
sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat.
ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh ayat adalah seperti berikut;
Aminah tidak datang kerana dia sakit.
Di dalam ayat "Aminah tidak datang kerana dia sakit", terdapat dua klausa, iaitu "Aminah tidak datang" dan "dia sakit". Kedua-duanya digabungkan oleh kata hubung "kerana". Klausa "Aminah tidak datang" boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa "Aminah tidak datang" mempunyai subjek "Aminah", dan predikat "tidak datang". Klausa "dia sakit" juga mempunyai subjek, iaitu "dia" dan predikat, "sakit". Klausa "dia sakit" digabungkan dengan klausa "Aminah tidak datang" menggunakan kata hubung "kerana". Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan, antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan lain-lain.
(f) Ayat
Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat, terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek
bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada
kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, iamasih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.
Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses transformasi.
(g) Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan
bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut
Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.
LINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Linguistik merupakan suatu disiplin ilmu yang dapat berdiri sendiri dan bersifat autonomi. Menurut Koentjaraningrat (1997), linguistik meliputi ilmu yang berkait dengan ilmu sosial dasar. Sebagai suatu cabang ilmu pengetahuan, linguistik mempunyai subdisiplinnya yang tersendiri. Antara subdisiplin linguistik adalah bidang linguistik, sifat telaah linguistik, pendekatan objek linguistik, instrumen yang digunakan, ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik, penerapan linguistik serta aliran dan teori linguistik. Bidang linguistik meliputi linguistik umum, linguistik terapan, linguistik teoritis dan sejarah linguistik.
Linguistik umum merumus secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah. Linguistik terapan pula merupakan ilmu yang berusaha menerapkan hasil penelitian di dalam bidang linguistik untuk keperluan praktis. Sementara, linguistik teoritis mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal atau dalaman. Akhir sekali,sejarah linguistik menyentuh mengenai uraian knonologis, iaitu tentang perkembangan bahasa.
Sifat telaah linguistik meliputi bidang linguistik mikro yang bidang kajiannya lebih sempit dan bersifat internal, sementara linguistik makro bersifat luas dan eksternal. Pendekatan objek linguistik meliputi bagaimana menganalisis bahasa. Dengan demikian, bahasa dapat dilihat secara deskriptif, historis komparatif, kontrastif, sinkronik dan diakronik. Instrumen linguistik pula ialah penggunaan komputer atau linguistik komputer. Ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik ialah psikologi, antropologi, sosiologi dan sebagainya. Penerapan linguistik meliputi:
(a) Dialektologi
(b) Leksikografi
(c) Leksikostatistik
Dialektologi mempelajari serta membandingkan bahasa yang masih serumpun untuk mencari titik persamaan dan perbezaan. Leksikografi pula ialah kajian mengenai kosa kata dan leksikostatistik ialah kajian tentang umur kata sejak kata wujud. Linguistik dilihat dari segi teori, aliran struktur dan aliran transformasi yang
melahirkan linguistik struktural dan linguistik transformasi. Ini akan dijelaskan seterusnya.
Linguistik umum merumus secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah. Linguistik terapan pula merupakan ilmu yang berusaha menerapkan hasil penelitian di dalam bidang linguistik untuk keperluan praktis. Sementara, linguistik teoritis mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal atau dalaman. Akhir sekali,sejarah linguistik menyentuh mengenai uraian knonologis, iaitu tentang perkembangan bahasa.
Sifat telaah linguistik meliputi bidang linguistik mikro yang bidang kajiannya lebih sempit dan bersifat internal, sementara linguistik makro bersifat luas dan eksternal. Pendekatan objek linguistik meliputi bagaimana menganalisis bahasa. Dengan demikian, bahasa dapat dilihat secara deskriptif, historis komparatif, kontrastif, sinkronik dan diakronik. Instrumen linguistik pula ialah penggunaan komputer atau linguistik komputer. Ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik ialah psikologi, antropologi, sosiologi dan sebagainya. Penerapan linguistik meliputi:
(a) Dialektologi
(b) Leksikografi
(c) Leksikostatistik
Dialektologi mempelajari serta membandingkan bahasa yang masih serumpun untuk mencari titik persamaan dan perbezaan. Leksikografi pula ialah kajian mengenai kosa kata dan leksikostatistik ialah kajian tentang umur kata sejak kata wujud. Linguistik dilihat dari segi teori, aliran struktur dan aliran transformasi yang
melahirkan linguistik struktural dan linguistik transformasi. Ini akan dijelaskan seterusnya.
BIDANG KAJIAN LINGUISTIK
Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu diketahui oleh pelajar ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik terapan. Tiga bidang utama sahaja akan disentuh, iaitu:
i. bidang fonetik dan fonologi,
ii. morfologi
ii. morfologi
iii. sintaksis.
i. Fonetik dan Fonologi
Pertuturan bahasa melibatkan „bunyi-bunyi bahasa‰. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan". Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.
Pertuturan bahasa melibatkan „bunyi-bunyi bahasa‰. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan". Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.
Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa Melayu, bunyi "p" dan "t" berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebut sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata "padi" dan "tadi". "Padi" merujuk kepada sejenis tanaman, manakala "tadi" merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut. Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi.
ii. Morfologi
Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.
Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.
Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri. Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata majmuk.
Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah "sabun", "cangkul', dan "penyapu". Contoh kata kerja pula ialah kata "gerak", "kumpul" dan "letup" manakala contoh kata adjektif ialah kata "baik", "gemuk" dan "panjang". Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai tugas tertentu, sama ada di dalam perkataan atau binaan ayat.
iii. Sintaksis
Perkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani "suntutein" yang bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajian pembentukan ayat". Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al. (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat".
Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat". Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.
Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.
DEFINISI LINGUISTIK
Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".
Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu "sistem". Manakala, istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan". Parole yang merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada 'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.
Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut "linguis" yang dipinjam daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna "seseorang yang fasih dalam berbagai bahasa". Sebagai contoh, ungkapan "He is quite a linguist" yang bererti "Dia fasih dalam beberapa bahasa". Dalam istilah ilmiah pula, linguist dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.
Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik.
Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.
Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan 'ilmu bahasa ' seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.
Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language '. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.
Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata ÂlinguistikÊ merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik
secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.
secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.
Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.
RAMADHAN DATANG LAGI
Salam buat semua muslimin dan muslimat,
Alhamdulillah.... Ramadhan datang lagi tahun ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana melanjutkan setahun lagi usia kita untuk bertemu bulan yang mulia lagi barakah. Ramadhan Al-Mubarak. Dapatlah kita menambah ibadat yang pada bulan ini Allah s.w.t memberikan bonus buat umatnya yang taat mengikuti perintahnya. Bayangkanlah pada bulan yang mulia ini jika kiota lakukan amalan yang biasa kita lakukan di bulan-bulan yang lain akan mendapat pahala yang berganda bila kita teruskan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Kata iman ketika memberikan tazkirah di pertengahan terawih sebentar tadi, 70 kali ganda pahala untuk umatNya yang taat melakukan ibadat yang wajib pada bulan ini. Dan tambahan lagi pahala puasa dan pahala sunat tarawih. Masya-Allah, besarnya bonus yang Allah s.w.t berikan kepada muslimin dan muslimat yang tetap taat melakukan perintahNya. Itu tak kira lagi pahala Lailatul Qadar!... Tak nakkah kita dengan bonus dari Allah s.w.t ini?
Namun begitu, di saat hati ini begitu gembira dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, hati ini terasa sayu ketika berada di masjid tadi.... pada tahun lalu setiap kali ke masjid bertarawih, saya sering bertemu dengan rakan di SKPS yang berkebetulan nama kami serupa. Cikgu Kamarudin. Penolong Kanan Ko-kurikullum di SKPS. Namun beliau tidak lagi dapat bersama menunaikan ibadat tarawih tahun ini kerana beberapa bulan yang lalu beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang untuk kita bertaubat dan menambahkan lagi ibadat buat bekalan di hari akan datang ketika kita bertemu denganNya.
Marilah kita berhenti sebentar dengan sukan dan bola balingnya. Tumpukan sejenak untuk bersama mengutip nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ketika kita masih lagi berpeluang untuk merasainya. Betapa rugibagi mereka yang masih lagi lali dengan sedikit nikmat dunia yang Allah duga untuk melihat keimanan umat-umatnya. Nescaya beruntunglah mereka yang hatinya selalu mengingati Allah.
Salam. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Alhamdulillah.... Ramadhan datang lagi tahun ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana melanjutkan setahun lagi usia kita untuk bertemu bulan yang mulia lagi barakah. Ramadhan Al-Mubarak. Dapatlah kita menambah ibadat yang pada bulan ini Allah s.w.t memberikan bonus buat umatnya yang taat mengikuti perintahnya. Bayangkanlah pada bulan yang mulia ini jika kiota lakukan amalan yang biasa kita lakukan di bulan-bulan yang lain akan mendapat pahala yang berganda bila kita teruskan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Kata iman ketika memberikan tazkirah di pertengahan terawih sebentar tadi, 70 kali ganda pahala untuk umatNya yang taat melakukan ibadat yang wajib pada bulan ini. Dan tambahan lagi pahala puasa dan pahala sunat tarawih. Masya-Allah, besarnya bonus yang Allah s.w.t berikan kepada muslimin dan muslimat yang tetap taat melakukan perintahNya. Itu tak kira lagi pahala Lailatul Qadar!... Tak nakkah kita dengan bonus dari Allah s.w.t ini?
Namun begitu, di saat hati ini begitu gembira dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, hati ini terasa sayu ketika berada di masjid tadi.... pada tahun lalu setiap kali ke masjid bertarawih, saya sering bertemu dengan rakan di SKPS yang berkebetulan nama kami serupa. Cikgu Kamarudin. Penolong Kanan Ko-kurikullum di SKPS. Namun beliau tidak lagi dapat bersama menunaikan ibadat tarawih tahun ini kerana beberapa bulan yang lalu beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang untuk kita bertaubat dan menambahkan lagi ibadat buat bekalan di hari akan datang ketika kita bertemu denganNya.
Marilah kita berhenti sebentar dengan sukan dan bola balingnya. Tumpukan sejenak untuk bersama mengutip nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ketika kita masih lagi berpeluang untuk merasainya. Betapa rugibagi mereka yang masih lagi lali dengan sedikit nikmat dunia yang Allah duga untuk melihat keimanan umat-umatnya. Nescaya beruntunglah mereka yang hatinya selalu mengingati Allah.
Salam. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
GAGASAN MEMARTABATKAN TULISAN JAWI
![]() |
Rajah 6.4: Penerbitan Warta Melayu. |
Pada 23 Mac 1898, keluaran pertama akhbar berbahasa Melayu dalam tulisan Jawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan (Rajah 6.4). Akhbar ini diterbitkan dan dicetak di Singapura oleh American Machine Press Singapura. Akhbar tersebut diterbit dalam 8 halaman dan menyiarkan pelbagai berita luar dan dalam negeri. Berita-berita itu disiarkan mengikut kumpulan negeri iaitu Khabar Negeri Asing, Khabar Negeri Melayu, Khabar Singapura dan Khabar Pulau Pinang. Berita-berita yang berkaitan meliputi peperangan dan pergolakan politik di negara-negara asing. Soal-soal agama dan cerita-cerita penglipur lara terjemahan daripada bahasa Cina dan Inggeris. Terdapat juga ruangan pengenalan yang ditulis oleh pengarangnya. Mulai keluaran bulan Ogos dalam tahun yang sama, suratkhabar ini mula bercorak komersial dengan tersiarnya iklan-iklan. Walaupun terbitnya tidak tetap kemunculan akhbar ini dalam arena persuratkhabaran Melayu telah dapat membuka sedikit sebanyak pandangan dan pemikiran segolongan orang-orang Melayu terhadap perubahan-perubahan semasa.
Dengan kehendak Kerajaan-Kerajaan Melayu Bersekutu penerbitan akhbar ini diteruskan dalam tulisan rumi. Ini telah mengubah bentuk akbar daripada sebuah akhbar biasa menjadi akhbar rasmi bagi Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Warta Rasmi ini mengandungi perkara-perkara seperti perlantikan dalam jabatan, undang-undang dan peraturan-peraturan am kerajaan dan sebagainya. Perkembangan selanjutnya mengenai akhbar ini tidak dapat dikesan kerana penerbitannya telah terhenti tanpa diketahui, manakala keluaran yang tersimpan di Arkib Negara hanya setakat 30 September 1904.
Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala Lumpur telah menerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi yang mengandungi 4 halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan sebuah akhbar yang diterbitkan oleh Pejabat Perhubungan Raya yang kemudiannya dikenali dengan nama Pejabat Penerangan. Akhbar Cermin Malaya diterbitkan bertujuan untuk menerangkan mengenai dasar-dasar dan usaha kerajaan Inggeris pada masa itu. Ini termasuklah dasar-dasar kerajaan dalam usaha menghapus, menyekat dan membasmi pengaruh komunis di Tanah Melayu, serta pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union. Akhbar Cermin Malaya memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat dan penyampai berita tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair. Pada bulan Disember 1948 akhbar Cermin Malaya telah diberhentikan penerbitannya dan kemudiannya telah digantikan dengan Panduan Rakyat.
Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya yang pertama telah didakan di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan Bahasa Melayu, Persuratan Buku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-lain persatuan dari seluruh Tanah Melayu. Persidangan itu membincangkan dengan terperinci serta membahaskan berkenaan penggunaan tulisan Rumi dan Jawi dalam persuratan Melayu. Angkatan Sasterawan 50 berpendapat bahawa sudah sampai masanya tulisan Rumi diiktiraf secara rasmi tetapi tulisan Jawi juga hendaklah dipakai. Enam buah badan persuratan lain telah menyokong syor Angkatan Sasterawan 50 itu, manakala Lembaga Bahasa Melayu berpendapat bahawa tulisan Jawi dan Rumi adalah sama banyak digunakan dalam persuratan Melayu. Akhirnya persidangan telah bersetuju dengan keputusan mengiktiraf kedua-dua huruf Jawi dan Rumi sebagai huruf rasmi dalam persuratan Melayu. Sesungguhnya keputusan yang diambil oleh Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya untuk mengiktiraf tulisan Jawi dan Rumi sebagai tulisan rasmi dalam persuratan Melayu menunjukkan suatu langkah untuk memelihara kedua-dua tulisan tersebut khasnya tulisan Jawi daripada luput ditelan zaman.
Pada hari 6 Februari 1958, bangunan Syarikat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, Tuanku Hishamuddin Alam Shah. Dengan pembukaan bangunan baru itu, akhbar Utusan Melayu rasmilah dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur, setelah 19 tahun, iaitu semenjak pemindahannya dalam tahun 1939 dari Singapura. Perpindahan tempat percetakan dan penerbitan ini merupakan satu kemajuan bagi Syarikat Utusan Melayu yang kini mempunyai bangunannya sendiri yang dilengkapkan dengan alat-alat jentera yang moden. Akhbar Utusan Melayu merupakan satu akhbar yang terulung yang dipunyai dan diusahakan sepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Utusan Melayu ialah satu-satunya akhbar nasional yang diterbitkan dalam tulisan Jawi. Oeh yang demikian, Utusan Melayu merupakan akhbar yang sangat popular terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar di mana tulisan Jawi masih lagi difahami dan digunakan dengan meluas. Semenjak mula ditubuhkan, Utusan Melayu telah banyak menyedarkan dan menyuarakan kepentingan dan perjuangan orang-orang Melayu dalam hal-hal ekonomi, politik dan sosial supaya mereka tidak ketinggalan di belakang dari bangsa-bangsa lain di negara ini.
Pada 1 Januari 2003, akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar bertulisan Jawi yang bersalut 1001 sejarah perjuangan bangsanya boleh dikatakan memasuki era `kelumpuhan' yang serius dan mungkin akan terus berkubur tanpa nisan jika tiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya dilakukan. Berikut dipetik keluhan dan rintihan terhadap hidup mati tulisan Jawi dalam era globalisasi hari ini.
”AWANG setuju dengan semua yang diperkatakan oleh Saudara Tajuddin Saman, kecuali satu. Beliau yakin tidak ada seorang pun Melayu yang tidak sanggup tampil untuk menyelamatkan Utusan Melayu sekiranya mereka tahu peranan akhbar ini. Di sini beliau silap. Pengurusan Utusan Melayu telah melakukan bermacam-macam usaha untuk menghidupkan akhbar ini sebagai akhbar harian termasuk meminta sokongan Melayu daripada orang seperti Hamid Othman (Tan Sri), kepimpinan Pusat Islam serta orang politik. Pencinta-pencinta tulisan Jawi juga berusaha dengan mengadakan bengkel dan sebagainya untuk mencetuskan minat terhadap tulisan Jawi. Tapi semuanya berakhir begitu sahaja. Pernah diminta supaya wakil-wakil rakyat membeli dan mengedarkannya kepada murid sekolah di kawasan masing-masing. Pun tidak ke mana. Kini, apabila Utusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan dan menghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suara-suara yang bertanya kenapa dan mengapa. Ahad lalu, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasib Utusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu. Beliau mengakhiri tulisannya dengan menyatakan: ``Ironiknya, ketika akhbar harian Jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina.'' Awang mahu bertanya, sanggupkah orang Melayu tampil menghidupkan semula Utusan Melayu dengan menyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar Cina?
Daripada petikan di atas, kita dapat mengandaikan bahawa pemartaban tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius. Menurut Mohd Hussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tekanan dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu kini, iaitu pendirian orang Melayu itu sendiri. Dalam mengharungi era globalisasi, orang Melayu seolah-olah lupa akan kewujudan unsur dalam Bahasa Melayu yang paling penting, iaitu tulisan. Penggunaan tulisan Rumi telah menenggelamkan sejarah kepentingan tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktu perkembangan agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikan penekanan penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas agama. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapat dikekalkan dalam persada hari ini.
Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang bahasa, khususnya badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif yang lebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam masyarakat hari ini. Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan. Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah bermula daripada Tahun 1 lagi akan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk belajar menulis dalam tulisan Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala atau satu lawan satu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapat membantu perkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui perisian kursus dalam CD atau VCD yang memudahkan pengedaran yang lebih luas.
Bahan pengajaran juga perlu diperbanyakkan misalnya buku-buku latihan yang berorientasikan pembelajaran kendiri dan juga melalui akhbar Utusan Melaysia yang dapat membantu perkembangan korpus bahasa melalui tulisan Jawi. Penggunaan akbar Jawi dalam darjah merupakan langkah yang perlu digalakkan di semua sekolah agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan praktikal. Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil inisiatif untuk mengembangkan penulisan Jawi melalui peruntukan dalam jadual waktu persekolahan untuk pembelajaran. Kepentingan mempelajari tulisan Jawi samalah juga dengan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu.
Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjungi pameran sedemikian supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini. Bengkel tentang penulisan Jawi dalam kalangan belia dan pelajar peringkat remaja dapat mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan Jawi sebagai alat pengembangan ilmu. Selain daripada kemudahan bahan pengajaran, guru yang berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran. Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
![]() |
Rajah 6.5: PEMBAKAR SEMANGAT... Peranan besar tulisan Jawi pada akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman dan majalah Warta Ahad dalam menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam kalangan orang Melayu. Foto: Melati Arif |
Menurut Bukhari Lubis, pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengarah Penerbit UPSI, satu kaedah untuk memartabatkan tulisan Jawi ialah setiap masa, lokasi atau di mana saja sewajarnya diletakkan tulisan ini. Media massa turut memberi sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan ini. Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau penggunaannya. Pada masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan dalam kalangan generasi muda kerana mereka golongan terbesar. Antaranya, mengadakan pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah. Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal mampu membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus mencapai kejayaan pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa, perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini untuk meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama, penerbitan buku dalam versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif. Beliau percaya, jika disokong dengan mekanisme padu, martabat untuk mengangkat taraf tulisan ini akan tercapai. Yang penting ialah galakan serta cara pelaksanaannya. Sudah sampai masanya masyarakat menyemarakkan tulisan ini sebagai satu bukti terunggul kewujudan tamadun Melayu suatu ketika dulu.
Kesimpulannya, tulisan merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Malah tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa asing di dunia ini pada satu ketika dahulu. Kini, masyarakat perlulah disedarkan tentang keperluan mempertahankan warisan budaya ini agar tidak pupus ditelan dek zaman. Rakyat dan kerajaan perlu berganding bahu untuk merealisasikan semula keagungan tulisan Jawi sebagai alat mengembangkan ilmu dalam Bahasa Melayu.
Langgan:
Catatan (Atom)

