Pada tahap bahasa Melayu mencapai kekuatannya selepas era penjajahan, beberapa institusi telah wujud bagi mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu. Melalui penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia pada tahun 1956, pelbagai kegiatan dan aktiviti untuk mengembangkan lagi potensi bahasa Melayu telah berjalan dengan rancak. Bahasa Melayu menjadi "alat" perhubungan moden pada abad ke-20. Pelbagai bentuk program dan aktiviti kebahasaan diadakan oleh DBP, antaranya penerbitan buku di dalam pelbagai
bidang ilmu. DBP juga menghasilkan kamus dan perkataan-perkataan baharu Melayu.
Secara kasar, kemajuan dan pengalaman yang ditimba oleh bahasa Melayu adalah pada tahap yang memenuhi seluruh rakyat Malaysia, sama ada perkamusan di dalam ekabahasa mahupun di dalam dwibahasa. Pengalaman bahasa Melayu telah berkisar pada perkembangan dan pengaruh yang ditinggalkan secara bertahap-tahap mengikut peredaran masa. Oleh itu, bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa perhubungan di dalam bidang perdagangan, pemerintahan, ilmu pengetahuan serta dalam hubungan diplomatik. Perubahan
yang ditempuhi bahasa Melayu dengan "seribu macam" pengalaman akibat berlakunya perubahan sejarah dan politik seperti geopolitik, selepas kolonial dan kemerdekaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan