i. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama.
ii. Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat
Peringkat Pertama:
Menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama.
Contoh:
b - p | |||
bagi | pagi | kibas | kipas |
baba | bapa | betis | petis |
jambi | jambi | bajak | pajak |
bawang | pawang | lobak | lopak |
d - l | |||
dari | lari | daki | Laki |
ladang | lalang | dayang | layang |
dentum | lentum | dagu | lagu |
s - t | |||
beras | berat | sari | tari |
kelas | kelat | surat | tulat |
keras | kerat | kabus | kabut |
g - k | |||
gali | kali | tegak | tekak |
geli | keli | guli | keli |
garang | karang | gaya | kaya |
Peringkat Kedua:
Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat
Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut;
(a) Pengetahuan tentang sistem bahasa.
(b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
(c) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.
(a) Pengetahuan tentang sistem bahasa.
(b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
(c) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.
Kemahiran mendengar boleh juga dibahagikan kepada tiga peringkat mengikut perkembangan individu tertentu iaitu:
i. Peringkat Pertama (Peringkat Awal)
ii. Peringkat Kedua (Peringkat Pertengahan)
iii. Peringkat Ketiga (Peringkat Maju)
Peringkat Pertama
Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat awal. Pada peringkat ini beberapa kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah;
(a) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
(b) Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
(c) Melakukan sesuatu yang disuruh.
(d) Menjalankan perintah dan permintaan.
(e) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(f) Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.
Peringkat Kedua
Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan. Pada peringkat ini beberapa kemahiran yang perlu dikuasai ialah;
(a) Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
(b) Mengenal maklumat khusus.
(c) Mengesan urutan.
(d) Mengenal sebab dan akibat.
(e) Mengenal perhubungan orang–orang yang berinteraksi.
(f) Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.
Peringkat Ketiga
Peringkat ketiga ialah peringkat maju. Pada peringkat ini kemahiran yang perlu dikuasai ialah;
(a) Mengenal isi-isi penting.
(b) Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
(c) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
(d) Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
(e) Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
(f) Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
(g) Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa.
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan. Perancangan boleh dilakukan mengikut tiga peringkat yang berikut:
1. Peringkat Pramendengar
2. Peringkat Semasa Mendengar
3. Peringkat Selepas Mendengar
Peringkat Pramendengar
• Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar.
• Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang hendak diperdengarkan.
• Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti berkenaan.
• Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk mengikuti aktiviti.
Peringkat Semasa Mendengar
• Guru memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
• Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin semasa aktiviti mendengar dijalankan.
Peringkat Selepas Mendengar
• Guru menghuraikan tentang apa yang dikemukakan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
• Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
• Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
• Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan