PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA

Pemahaman membaca bermaksud suatu sistem yang merekod segala maklumat secara kontekstual dalam pemikiran pembaca. Setiap konsep membentuk satu set minda atau dikenali sebagai ‘mind of fail’ dalam pada waktu yang sama, pembinaan makna berlaku. Pengalaman lalu, sedia ada menggabungkan pengalaman baru,memberi kekuatan kepada pemahaman makna yang sebenar.

Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan, iaitu:
  1. Peringkat Lateral (Penubuhan makna)
  2. Peringkat Interptretasi (Pentafsiran makna)
  3. Peringkat Inferens (Perumusan makna)
  4. Peringkat Menilai (Penilaian makna)
Ciri-ciri Penubuhan Makna
(i) Memahami makna perkataan sebagaimana yang digunakan dalam ayat atau konteks tertentu.
(ii) Mengecam dan memahami makna perkataan yang membawa erti yang sama atau berlawanan.
(iii) Mengenal dan mengecam ayat-ayat topik, isi-isi penting dan sampingan dalam perenggan.
(iv) Memahami dan mengecam urutan idea dan peristiwa sesuatu petikan.
(v) Mengenal pasti dan memahami bahasa kiasan, perumpamaan, simpulan bahasa dan bidalan.
(vi) Mengecam dan memahami makna perkataan, frasa, ayat dan perenggan sama ada dalam prosa atau puisi.

Ciri-ciri Pentafsiran Makna
(i) Memahami maksud idea atau isi yang tersurat atau isi yang tersirat dalam bahan bacaan.
(ii) Mengenali hubungan sebab dan akibat serta dapat mengenal pasti bahan yang dibaca berdasarkan isi dan jalan cerita.
(iii) Membuat andaian tentang masa, tempat, dan nada sesuatu bahan yang dibaca.
(iv) Menggabungkan pengetahuaan sedia ada dengan bahan bacaan untuk dibuat bandingan.
(v) Memahami makna perkataan atau rangkai kata dalam pelbagai situasi.
(vi) Membuat ramalan dan memahami tujuan penulisan sesuatu tulisan bahan yang dibaca.

Ciri-ciri Perumusan Makna
(i) Rumusan yang terdapat dalam bahan bacaan menjadikan pengetaahuan sedia ada semakin berkembang. Bahan atau bteks dapat dirumus selepas proses pembacaan.
(ii) Makna dapat ditafsirkan sendiri oleh pembaca sebagai satu proses minda.
(iii) Merumus makna luaran dan makna dalaman. Makna luaran makna yang disepakati oleh pembaca. Makna dalaman pula makna yang penulis sahaja yang boleh merumuskan.
(iv) Perumusan merupakan satu tindakan mengambil satu keputusan dari pelbagai sudut.
(v) Perumusan dapat mengubah tingkah laku pembaca.

Ciri-ciri Penilaian Makna
(i) Pembentukan pendapat peribadi berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.
(ii) Memberikan alasan atau sebab mengapa sesuatu isu itu dipilih.
(iii) Mampu membuat keputusan atau rumusan terhadap bahan yang telah dibaca.
(iv) Mengenal pasti bahan bacaan yang dibaca mengandungi propaganda, prasangka atau emosi lain.
(v) Dapat membezakan antara fakta dan pendapat.
(vi) Menganalisia bahan yang dibaca dari pelbagai sudut kandungan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan