Aktiviti membaca perlukan perancangan yang teliti dan sebaik-baiknya agar pelajar tidak terbeban dengan pembacaan yang sukar dan tidak bermotivasi. Perancangan harus menelti dengan tahap pelajar. Tahap pelajar rendah sesuai dengan bahan bacaan yang bersifat mudah dibaca. Mudah dibaca bermaksud, jumlah suku kata, perkataan, ayat sesuai dengaan peringkat pelajar. Sebagai contoh pelajar mesti menguasai perkataan yang hampir dengan rutin mereka. Perkataan yang tinggi, sukar
disebut, abstrak, bombastik boleh mematikan minat dan kecekapan pelajar untuk menjadi pembaca yang baik.
Masa membaca yang dicadangkan kepada pelajar juga mesti sesuai. Kesesuaian bermaksud guru tidak menekan dengan masa senggang pelajar untuk membaca. Masa yang secukupnya wajar diberi kepada pelajar untuk membaca dan memahami isi bahan bacaan.
2. Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Membaca
Guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran membaca yang boleh menarik minat. Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu semasa wajar diberi keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada pelajar untuk menguasai pembacaan seterusnya. Tanpa pengetahuan sedia ada, pelajar akan gagal menguasai kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi dengan baik.
Bahan berupa grafik, gambar berwarna, bentuk huruf daan latar belakang teks atau bahan bacaan perlu diambil kira. Hal ini kerana, pelajar akan menjadi minat, tertarik, mudah memaham dengan bahan yang mereka sukai. Contohnya ilustrasi kartun dalam teks boleh menjanakan atau mencapahkan idea pelajar.
3. Menilai
Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan hurufperkataan dan ayat.
Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah:
- Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap.
- Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik.
- Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru, pelajar messti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.
- Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami.
- Guru juga perlu melatih pelajar membina kebiasaan menuturkan ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan.
- Apabila pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik, guru dapat menanam minat membaca dalam kalangan pelajar. Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek kepada pelajar dengan pengetahuan baru sepanjang masa.
- Melalui kemahiran membaca, kita boleh menilai peluasan perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks. Keupayaan pelajar berkomunikasi tertakluk kepada banyak mana perbendaharaan kata ada dalam mindanya.
- Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan iaitu penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat. Masyarakat banyak pada masa hadapan bergantung kepada individu yang berpengeetahuan tinggi. Pengetahuan tinggi dapaat dicapaai melalui bahan bacaannya.
- Kita dapat menegenali dan menghayati keindahan bahasa dan keseniaan bahasa.Dalam konteks ini, pencapaian bahasa yang bermutu adalah melalui pembacaan individu.
- Kemahiran membaca boleh mengujudkan suasana santai, hiburan, dan kelegaan daripada tekanan. Penilaian sebegini wajar dilihat secara umum, sebagai matlamat akhir tujuan membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan