PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 4

4.   Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.
Tujuan bacaan mekanis ialah:

(i) Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(ii) Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.
(iii) Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(iv) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.
(v) Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut:
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
(e) Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka.

Contoh aktiviti:

Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di bawah:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan