1. Kategori Drama Moden
Anda boleh melihat kategori drama moden melalui rajah di bawah.Kategori drama moden |
- Drama Sandiwara
Drama jenis ini masuk ke Tanah Melayu melalui kumpulan Miss Ribut, Dardanella dan Bolero sekitar tahun 1935 yang mengakhiri drama bangsawan. Sandiwara ialah drama pentas yang memiliki skrip dan menggunakan khidmat pengarah. Zaman sandiwara di Malaysia memiliki tiga bentuk drama, iaitu: - Drama Sejarah;
- Drama Purba; dan
- Drama Pra-realisme.
- Drama Realisme
Drama jenis ini terhasil apabila dramatis di Malaysia menggunakan bahan cerita yang diambil daripada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam kehidupan sehari-hari. Oleh sebab itu, bentuk baru ini menggunakan bahan, dialog, setting dan cara pementasan yang realistik. Sehubungan itu, aliran yang digunakan untuk menghasilkannya ialah realisme. Drama jenis ini muncul pada tahun 1960-an. - Drama Absurd
Pada tahun 1970-an lahir dramatis Malaysia yang melarikan diri daripada tradisi realisme. Mereka mempersoalkan hal-hal yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia. Sehubungan itu, mereka menyeret eksistensialisme yang dilihat dari kaca mata Timur dan penonjolan watak surealis. Harus diingat bahawa absurdisme di Malaysia merupakan karya-karya yang anti-realisme, sukar difahami, cenderung kepada fantastik, abstrak, berunsur mimpi dan sukar dihayati. Semua drama absurdisme dilahirkan melalui pengaplikasian aliran absurdisme.
2. Tokoh dan Karya Drama Moden
- Drama Sandiwara
Jadual di bawah menyatakan beberapa karya dramatis dan judul drama sandiwara karyanya.
Dramatis dan Judul Drama Sandiwara Dramatis Judul Drama Shaharom Husain Lawyer Dahlan Syed Alwi al-Hady Hang Tuah Pahlawan Melayu Kalam Hamidy Kepalsuan Maya - Drama Realisme
Jadual di bawah menyatakan beberapa karya dramatis dan judul drama realisme karyanya.
Dramatis dan Judul Drama Realisme Dramatis Judul Drama Kala Dewata Atap Genting Atap Rumbia Syed Alwi Alang Rentak Seribu Awang Had Salleh Buat Menyapu Si Air Mata
- Drama Absurdisme
Jadual di bawah menyatakan beberapa karya dramatis dan judul drama absurdisme karyanya.
Dramatis dan Judul Drama Absurdisme Dramatis Judul Drama Noordin Hassan Bukan Lalang Ditiup Angin Dinsman Ana Hatta Azad Khan Patung-patung
3. Unsur-unsur dalam Drama Moden
Drama moden menggunakan banyak unsur untuk pelbagai tujuan. Untuk mewujudkan senario yang realistik, banyak pemilihan kata mengalami perubahan artikulasi seperti unsur sinkop (syncope). Contoh-contohnya, perkataan “itu” menjadi “tu”, “hendak” menjadi “nak”, dan “tidak” menjadi “tak”. Unsur-unsur yang lain ialah unsur humor, unsur protes dan unsur kolokuil. Kala Dewata terkenal kerana unsur humornya dalam Atap Genting Atap Rumbia dan Di Balik Tabir Harapan. Usman Awang menggunakan unsur protes dalam Tamu Di Bukit Kenny. Bahasa kolokuil telah dimulakan oleh Kala Dewata untuk meninggalkan tradisi bahasa berpuisi.Dua unsur lain yang penting di dalam drama moden ialah unsur perbandingan dan unsur perulangan. Unsur humor dan unsur protes digunakan untuk menimbulkan kesan dan kepuasan. Di samping itu, watak yang bercakap di dalam bahasa sehari-hari lebih meyakinkan dan merapatkan hubungan antara drama dengan khalayak. Unsur perbandingan sama ada simile ataupun metafora digunakan untuk menguatkan dan memperjelas apa-apa yang hendak digambarkan. Unsur perulangan digunakan untuk melahirkan keseronokan apabila dilafazkan dan didengari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan